PERJUANGAN
Oleh Adezek
Hari ini tidak seperti semalam
Belari mengejar mentari
Panas terik bermandi peluh
Membasahi bumi yang hijau
Itulah realiti kehidupan.
Hari ini tidak saperti semalam
Tajak dan cangkul adalah teman
Parang sabit adalah kekasih
Memadu bisikan sayang
Demi sesuap nasi yang perlu kais.
Hari ini sebenarnya adalah sandiwara luka yang bisa berbicara
Anak muda yang tidak tahu jalannya
Sesat dihutan batu dan hiruk pikuk kotaraya yang menjulang megah
Kerana engkau tidak tahu kemananya.
Sedarilah anak muda
Engkau adalah harta peribumi
Modenisasilah perjuangan pertiwi
Bangunkan desa dengan ilmu didada
Tegakkan jiwa raga dengan kudrat
Kerana esok kita adalah pewaris.
Ayuh anak muda
Kucabar...tunjuklah kehebatan dan kekuatan kerana sekadar membilang pasir dipantai lena dibuai mimpi.
Hari esok adalah padang hidup
Penentu pagi yang damai
Demi pertiwi melangkau 2020
Engkau penentu segalanya
Yang maha esa....