HARAPAN
Oleh Adezek
Pagi yang cerah
Mentari yang bersinar
Adalah perjalanan yang indah
Mencari kekuatan betapa hari mendatang
Adalah padang kehidupan.
Hari yang cerah
Adalah hati yang tenang
Bersama semangat juang
Betapa esok adalah medan perjuangan
Pengorbanan yang hakiki
Hidup ini perlu kekuatan
Kerana esok masih panjang