TAKDIR DAN UJIAN
Oleh Nurul Haliza Binti Siuh
Takdir telah Membawaku terbang jauh,
Tidak mampu menduga
Apa yang telah ditentukan untukku
Di mana jejak kakiku
Bila henti nafas ku
Bila terakhir mataku tertutup
Dan kembali Kepada Pencipta
Ada kalanya aku rapuh
Kerana lara semakin merasuk kalbu
Apabila kasih terpisah pergi
Tiada ucapan dapat diungkapkan
Percaturan yang terlalu sukar
Dan aku terkapai-kapai
Hingga aku lupa ini adalah ujianku
Aku bagaikan lalang
Ditiup bayu
Sehingga tiba ke destinasi
Dan setiap perjuangan
Aku merasa seperti melawan arus
Jika ini adalah takdir dan ujian Mu Ya Allah
Kuatkan hatiku Ya Allah
Pimpinlah aku untuk kembali ke Jalan-Mu
sehingga di saat akhir aku kembali Menghadap-Mu