UNTUK KEKASIH
Oleh Nugroho Dwi Putranto
Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitik kasih dan Cinta dalam
hati ini dan kini telah membuahkan rindu yang tiada jua dapat kutahan
geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.
Untuk kekasihku…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu,
betapa
hatiku sentiasa sarat dengan rindumu.Rindu yang mendambakan kasihku
padamu. Hatiku penuh dengan cintamu dan tidak bisa dimasuki oleh kasih
yang lain.Hanya kasihmu yang aku miliki,
yang menceriakan kehidupanku walaupun kadangkadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.
Kekasihku…..
Ingin
aku katakan padamu bahwa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak
menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku bisa
mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada
disampingmu.Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku,
kerana aku
telah membina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak
terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari
luar untuk menerobosi jiwaku.
Kekasihku…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul,
kedua
cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan
berubah arah sehinggalah Tuhan benarbenar menentukan dan menyatakan
kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini.
Namun aku sentiasa
berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga
dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari
kemudian.
Kekasih….
Tiadalah sebaik kata-kata yang
mampu aku tuliskan dalam surat cinta ku ini melainkan untuk menyatakan
bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini.
Aku
bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku bermohon pada
Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.
Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku.
---
No. Urut : 11.019
Tanggal Kirim : 13/07/2013 13:47:50