SUDI
Oleh Yuya Tsen
Apa yang kau cari dalam berteman?
Apa yang kau cari dalam berkawan?
Kesusahan atau kesenangan?
Kekacauan atau ketenangan?
Sudah susah, senang pun sudah.
Sudah kacau bilau, damai tenang pun sudah.
Fikir kembali,
Imbas lagi,
Apa yang kau cari?
Apa yang cuba kau bukti?
Harus kita cari satu persatu,
Tiap kali kau nampak aku,
Tiap kali aku perlu kamu,
Yang ada konspirasi dunia syahdu.
Jadi apa lagi aku perlu?
Apa lagi engkau mahu?
Terima kasih kerna sudi,
Sudi ambil pakai terima buang segala jadian pada diri ini.