PENJARA SENDIRI
Oleh Sarah Tunggal
Gila.
Masih lagi gila.
Akibat ditampar khilaf kamu yang hebat sekali.
Jika difikirkan, perlakuan kamu tidak mencapai logika, apatah lagi batas fikiran aku.
Kerana itu, kamu sebagai tertuduh yang dituduh sebagai pemberontak hati sendiri,
Dihukum memenjarakan jiwa kamu sehingga kamu sendiri yang membenarkan jiwa kamu bebas.