MENCARI REDHA ILAHI
Oleh Nurul Haliza Binti Siuh
Yang kesekian kalinya,
Bahteraku tersasar lagi,
Hatiku berasa kosong dan kehilangan,
Lantas aku menyingkap memori lalu,
Sepertinya semua ini berat kulalui,
Dan kesunyian hadir merenggut jantungku,
Aku rebah bersama air mata deras
Kemana harus ku sandarkan hatiku?
Kekosongan di hati menjadi misteri,
Mempersoalkan apa erti kerinduan ini,
Mungkinkah atas apa yang hilang dariku?
Aku melangkah mengikut takdir dan ujian Iahi,
aku ingin menangis, tapi kenapa?
Aku ingin pergi, tapi ke mana?
Sehingga hatiku terusik dengan nama-nama-NYA
Yang indah dan penuh beribu hikmah,
Aku teringat kembali akan janji-NYA,
Bahawa dunia ini adalah sementera,
Kini aku tersedar dari mimpi yang gelap,
Yang mengheretku jauh tersasar,
Atas dasar luka dihati amat menyakitkan,
Barulah aku sedari ini adalah ujian,
Dan juga takdir yang telah tertulis untukku,
Yang dulu padaku semua ini adalah derita,
Namun sebenarnya hanya suatu cerita,
Untuk menguji kita hanya untuk seketika,
Hanya sementara di dunia sahaja,
Aku benar-benar lupa sebelumnya,
Aku mengukir senyuman,
Untuk menerangkan hatiku yang malap,
Semoga akan hadir sinar di hatiku nanti,
Ketika itu aku sedari,
Bahawa hatiku rindu pada pencipta-NYA,
Aku teruskan pelayaranku mengharungi ombak ini,
Menuju pelabuhan seterusnya,
Namun kali ini,
Aku berlayar mencari redha Ilahi,