CINTAKU SEDETIK
Oleh Miss Aziee
Semakin aku terus melangkah
Semakin itu jiwaku terganggu
Ku cuba untuk dan bangkit
Tapi bagaikan ada batu yang membebankan
Setiap tidurku bagaikan mimpi ngeri
Ku cuba untuk hentikannya
Tapi dayaku hanya meneruskan perjalanan mimpi itu
Dengan ketakutan dan kesedihan
Adui.. di mana perhentian menghapus memori luka
Mungkin kau tak pernah merasa
Betapa perit untuk melupakanmu
Mungkin bagi kau mudah
Dengan pengganti diriku
Ku sedar bahawa diri ini menanti detik kematian
Mungkin kau tak mampu menghadapi kehilanganku nanti
Aku cuba merangkak menghapus kisah kita
Terima kasih menjadi teman walaupun sedetik sahaja
Moga satu hari
Aku mampu berlari dan berdiri di atas kakiku sendiri