PERGI
Oleh Ihsan
Jauh cinta itu di sana
Berlari semakin jauh
Walau sesaat
Tidak pernah datang kepadaku
Kemanakah kau pergi
Aku di sini sentiasa menanti
Kejam jika kau tidak menemani
Walau sesaat aku pasti mati
Biarkan mereka apa hendak dibicara
Aku akan setia di sisi
Kerana aku ini manusia
Yang sayang akan dirimu gadis putih
Satu hari kau datang seketika
Selepas itu pergi semula
Tidak kembali
Sungguh sadis aku menanti
Aku berdoa kepada pencipta
Agar kau datang seketika
Melihatku ini sedang tenat
Akan hadirnya kau jadi peneman
Malam itu kau kejam membalasnya
Penghinaan aku terima
Menjadikan aku manusia tidak berguna
Tetapi, aku terima akan permintaan-mu
Aku harap kau aman di situ, cintaku.