MANUSIA PINGGIRAN
Oleh Miss Aziee
Tiada siapa yang tahu rasa sekeping hati
Setelah dilukakan payah untuk pulih
Kerana parut luka itu cukup tebal
Dan tiada siapa berada di tempatku
Yang melalui sebuah kisah
Adalah aku
Yang merasa kesakitan
Adalah aku
Yang memendam seribu rasa
Adalah aku
Sukar untukku lupakan peristiwa itu
Kerana nyawaku di penghujung
Kerana dihampiri orang-orang yang telah pergi
Ku cuba untuk melawan tangan-tangan disekelilingku
Dan ku cuba juga
Demi sisa kasih sayang
Sisa itu hanya di pinggiran
Bernyawa bagaikan tak bernyawa
Kerana parut masih lagi berdarah