BILA HATI BERBICARA
Oleh Nadya Dilis
Jantungku berdegup perlahan
Membawa kebuntuan dan kebencian
Benci kerana segalanya masih igauan
Mimpi tak henti, tangis bercucuran
Kekasihku yang menduga
Sampai bila luka ini dibiar terbuka
Pedihnya membuat aku sengara
Semakin kuat jeritan hati yang berduka
Kekasihku yang menduga
Tidak perlu aku menambah luka
Berharap pada sesuatu yang sudah tiada
Barangkali pergi kerana berputus asa
Aku tidak penat menyayangi
Aku tidak sesal mencintai
Aku tidak berdendam mahupun makan hati
Aku hanya kecewa hati ini dibelakangi
Kekasihku yang setia
Andai tiada suka dalam duka
Andai tiada gantian setelah kecewa
Sulit buatku untuk kembali bahagia…