MENGINTIP REALITA KEHIDUPANOleh Bermas Anak Damit
Desawarsa ini
Pelbagai kisah banyak cerita
yang aku dengari
Rentetan hidup yang tiada penghujung
Mengheret manusia kepada dosa.
Di suatu sudut
Aku bersembunyi di sebalik tabir
Mengintip seorang pemimpin kita
Menurunkan parap penuh gaya
Dek kerana mengejar harta
Di sebalik kuntuman mawar putih
Aku melihat seorang insan
Hatinya memaparkan ketulusan
Membantu yang merana di saat derita
Hadirnya menyinari hidup si Polan
dan membawa kepada bahagia
Di hadapan pentas mayapada
Aku berdiri sambil menikmati
Hidangan teater yang tiada berbayar
Menonton lakonan seorang manusia
Di pandangan ibu bak malaikat
Di belakang ayah bak syaitan
Betapa hebatnya drama itu
Sehingga aku pun tertipu
Ah hidup!
Penuh dengan seribu adegan
Dengan wataknya yang berbeza
Ditambah pula dengan manisnya kata-kata.