KERINDUAN
Oleh Adezek
Engkau kah itu
merenung jauh dilaut terbuka
desir angin timur mendamba dipipi
dan ombak laut membadai pantai.
Engkau kah itu
berlari anak mengejar ketam
membaling batu karang
yang entah kemana halanya
angin sejuk menikam kalbu.
Engkau kah itu
berjalan longlai ketebing pasir
dikala ombak disember membadai
kulit kerang dan remis bertaburan
didada pantai.
Antara ombak laut disember
angin timur bertiup kencang
kulit kerang dan remia bertaburan
adalah engkau yang pasti
berbicara tentang diri
nostalgia semalam yang terluka.